Friday, March 2, 2018

Kenali Ekzema Di Sekeliling Anda





Apa itu Ekzema?

Ekzema adalah suatu keadaan yang menyebabkan kulit menjadi merah, gatal dan meradang. Terdapat 8 jenis ekzema yang mempunyai perbezaan gejala pada setiap individu.
Ekzema sangat biasa kita lihat sekarang. Malah, lebih daripada 30 juta rakyat Amerika mempunyai beberapa bentuk ekzema. Sangat membimbangkan!

Adakah Ekzema boleh berjangkit?

Anda tidak perlu bimbang kerana ia tidak boleh dijangkiti melalui udara mahupun sentuhan dari pesakit ekzema yang berada di sekitar anda. Menurut kajian, ekzema berlaku dipengaruhi oleh genetik dan alam sekitar.
Dalam post ini saya akan kongsikan jenis ekzema, gejala dan pencetus pada anda atau anak anda, supaya anda dapat merawat dan mengurus ekzema dengan baik.

Gejala Ekzema yang perlu difahami


Perkara yang paling penting untuk anda ingat adalah ekzema dan gejalanya adalah berbeza untuk setiap orang. Ekzema mungkin kelihatan sama seperti dewasa dan bayi lain, namun gejalanya adalah tidak sama. 
Ia mungkin juga muncul di kawasan yang berbeza pada masa yang berlainan.
Bagi kebanyakan orang, kegatalan yang dirasai biasanya sederhana sahaja. Namun pada masa yang sama ada juga beberapa kes, ia boleh terjadi dengan lebih teruk dan anda mungkin mengalami keradangan yang sangat teruk.
Ada kalanya kegatalan menjadi sangat teruk sehingga ia berdarah, sehingga kelihatan merah seperti udang kena bakar.
Kitaran kegatalan yang sering terjadi pada ekzema.
  • Kering, kulit sensitif
  • Merah, kulit yang meradang
  • Gatal yang sangat buruk
  • Tompok kulit berwarna gelap
  • Tompok kulit yang kasar, kulit keras atau bersisik
  • Kawasan meradang menjadi kering
Anda mungkin mempunyai semua gejala ekzema di atas atau hanya beberapa sahaja.
Namun satu-satunya cara untuk memastikan anda mempunyai ekzema atau pun tidak adalah berjumpa dengan doktor supaya doktor dapat melihat dan anda boleh bertanya lanjut dengannya.

Jadi saya ingin bantu dan kongsikan kepada ibu-ibu diluar sana bagaimana cara saya merawat eczema anak saya tanpa mengambil ubat dari doktor dengan hanya menggunakan air khas yang dihasilkan dari teknologi Jepun.

Dengan cara mudah saja digunakan hanya spray saja di bahagian yang terjadi ekzema .



Jumpa di next post

No comments:

Post a Comment